BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 7, 2009

JENAYAH RASUAH



Jenayah rasuah merupakan suatu gejala buruk dan amalan keji yang meluas dalam masyarakat sekarang. Gejala ini mestilah dibanteras dan setiap individu yang terlibat mestilah bertaubat kerana rasuah adalah termasuk dalam perbuatan dosa besar dan diharamkan dalam Islam. Rasuah diertikan sebagai segala sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain yang mempunyai kekuasaan untuk memperolehi atau untuk membatalkan sesuatu dengan cara yang tidak sebenar. Firman Allah S.W.T:

Dan sesiapa yang berkhianat( menggelapkan sesuatu ), ia akan bawa bersama pada hari akhirat kelak apa yang dikhianati itu. ( surah al-Imran 3: 161 ).


HUKUMAN RASUAH

Sebenarnya hukum terhadap jenayah rasuah juga tidak ada ketetapannya di dalam al-Quran dan Hadith, oleh itu hukumannya tertakluk kepada hakim sesebuah negara dengan mengenakan hukuman ta’zir.


KESAN RASUAH

Amalan rasuah boleh menyebabkan lahirnya berbagai kesan negetif. Antaranya ialah:

1) Melemahkan negara

2) Berlaku kezaliman dan penindasan

3) Berdosa besar

4) Masuk neraka jika tidak mendapat keampunan Allah S.W.T

5) Menyebabkan malas berusaha dan bekerja

6) Timbul sifat tidak bertanggungjawab dan tidak amanah

7) Tidak maju dan tidak produktif

2 comments:

Membangun bersama Islam said...

jika kita lihat pada hari ini gejala rasuah makin menjadi-jadi dan berleluasa sehingga tidak dapat dibendung lagi..saya mengharapkan kerjasama daripada pihak yang terlibat agar segera mengambil tindakan dan membanteras gejala rasuah ini. hal ini kerana rasuah membawa kesan yang buruk kepada sesebuah negara dan boleh menyebabkan perpecahan kepada umat Islam. Dalam perniagaan sekiranya ada unsur rasuah boleh menyebabkan pergaduhan dan keruntuhan sesebuah syarikat, dalam bidang politik pula, ramai yang kita lihat mengamalkan politik wang untuk kepentingan peribadi. selain itu apabila kesalahan jenayah melibatkan rasuah, maka keadilan dalam perundangan tidak dapat dilaksanakan disebabkan orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri....marilah kita sama-sama perangi gejala rasuah..

liyana said...

rasuah merupakan satu gejala yang tidak sepatutnya ada di kalangan masyarakat kerana ia akan memberi kesan yang negatif kepada negara.gejala ini perlu dibanteras dan perlu diambil tindakan segera. gejala rasuah ini hanyalah untuk kepentingan diri semata-mata tanpa memikirkan pihak lain.oleh itu ingatlah rasuah ini sangan berdosa dan diharamkan dalam Islam..perlulah untuk kita menghindari dan menjauhi rasuah ini.

Related Posts with Thumbnails