BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 5, 2009

MANUSIA DIGALAKKAN HIDUP BERKELUARGA

Manusia diciptakan oleh Allah S.W.T berpasang-pasangan yang terdiri daripada lelaki dan wanita dan diciptakan juga berbagai-bagai bangsa dan puak untuk menjalinkan hubungan silaturrahim dan berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Sebagaimana firman Allah S.W.T:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)

Oleh yang demikian manusia adalah digalakkan hidup berkeluarga, kerana dengan itu individu yang terdapat di dalamnya akan tertanam rasa tanggungjawab yang tinggi di dalam dirinya terhadap diri sendiri dan orang-orang yang ada hubungan dengan dirinya. Bagi mencapai hasrat murni tersebut ialah dengan melalui perkahwinan yang sah menurut Islam

TUJUAN PERKAHWINAN DALAM ISLAM
1) Memenuhi kehendak naluri dan sifat semulajadi manusia
2) Menghindarkan diri dari melakukan perbuatan zina
3) Membiakkan keturunan umat manusia
4) Membimbimg kedua suami isteri supaya masing-masing tahu tanggungjawab
5) Menggalakkan ketua rumahtangga supaya lebih giat berusaha mempertingkatkan taraf ekonomi
6) Mengeratkan hubungan silaturrahim di dalam masyarakat
7) Mengelak dari terbiarnya anak-anak yang dilahirkan

PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN
1) Mempunyai kemampuan
2) Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai rumahtangga
3) Melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hukum di dalam kehidupan suami isteri
4) Pemilihan calon yang sesuai

0 comments:

Related Posts with Thumbnails