BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 5, 2009

PENDIDIKAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK



Pendidikan mempunyai maksud yang luas iaitu tunjuk ajar dan latihan yang tersusun dan berterusan untuk membentuk akhlak, kemampuan akal, pembantukan disiplin dan lain-lain. Kedua ibu bapa merupakan institusi pertama dan paling asas dalam pendidikan anak-anak.
Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T kepada kedua ibu bapa. Ia diibaratkan sebagai kain putih yang mudah menerima apa yang dicorakkan kepadanya sama ada ke arah kebaikan ataupun sebaliknya.

MATLAMAT PENDIDIKAN
Matlamat pendidikan Islam secara keseluruhannya adalah untuk:
1) Mencapai keredhaan Allah S.W.T
2) Menghayati roh Islam denganberpandukan al-Quran dan Sunnah
3) Meninggikan akhlak masyarakat berteraskan aqidah Islam
4) Mencungkil dan menyemai bakat-bakat semulajadi kanak-kanak dengan ajaran Islam.
BILA PENDIDIKAN BERMULA
Pendidikan anak-anak bermula pada peringkat yang paling awal dalam kehidupannya semenjak ia mula lahir daripada perut ibunya sehinggalah ia menjalani ikatan perkahwinan. Ini kerna, selepas berkahwin tanggungjawab akan berpindah kepada suami, sedangkan kedua ibu bapa hanya berperanan untuk memberi pandangan dan nasihat kepada anak-anak sekiranya timbul sesuatu masalah dalam rumah tangga

Oleh yang demikian, ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi membentuk akhlak anak-anak mereka semenjak dari buaian lagi dan bukannya setelah mereka dewasa. Bak kata pepatah Melayu “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Sebagai ibu bapa kita perlu mempelajari dan mendalami hal ehwal agama Islam supaya selain mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T, kita juga dapat menunjukkan teladan yang baik supaya boleh diikuti oleh anak-anak. Antara pendidikan yang utama perlu diterapkan ke dalam diri anak-anak ialah pendidikan Islam. Pendidikan Islam meliputi pendidikan dari segi akidah, akhlah dan ibadah. Apabila ketiga-tiga ini telah diserapkan dalam diri anak-anak, maka ia dapat melahirkan satu generasi yang berguna kepada agama, bangsa dan juga negara.

2 comments:

Qayyim said...

Memang benar, pada masa kini pendidikan daripada ibu bapa adalah amat penting kepada anak-anak, terutamanya ilmu yg berkaitan dgn agama Islam. Jika ilmu ini tidak dititikberatkan, maka anak-anak mudah terikut-ikut dgn budaya yg boleh merosakkan akhlak mereka

zaida said...

yer...Ibubapa adalah pencorak masa depan anak-anak...yg mn anak2 dilahirkan puteh bersih..maka ibubapalah pencoraknya...

tapi kalau kita lihat skrg ni...
ibubapa lbh cbuk dgn ursn kerja sehgga anak mrk diaabaikan...
sy x snggup mlihat anak2 terabai oleh mnusia sbgini...

Related Posts with Thumbnails