BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 6, 2009

PERANAN EKONOMI ISLAM DALAM ERA GLOBALISASI


GLOBALISASI

Globalisasi merupakans satu fenomena yang melanda seluruh dunia dengan hebat sekali, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah membuka jalan kepada dunia tanpa sempadan. Masa, jarak dan ruang kini tidak mempunyai erti lagi.


EKONOMI ISLAM

Ekonomi Islam ditakrifkan sebagai kajian al-falah manusia menerusi pengurusan sumber bumi yang berasaskan kerjasama dan penyertaan. Oleh itu, ekonomi Islam adalah sebagai sains sosial yang mengkaji masalah ekonomi dengan berpegang kepada nilai-nilai Islam. Ia juga merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat, dari segi memperolehi, mengguna atau mengurus sumber asli bagi kebaikan diri dan kebaikan bersama secara rohani dan jasmani bagi mendapat keredhaan Allah S.W.T.


SISTEM DAN MATLAMAT EKONOMI ISLAM

1) Mencapai kesejahteraan ekonomi bagi individu, masyarakat dan negara, kesaksamaan agihan harta, kekayaan, pendapatan dan pembangunan, pengggunaan sumber yang optimum, cekap, berkesan, berjimat dan tidak membazir, menjamin kebebasan individu, kesaksamaan hak dan peluang, kerjasama dan keadilan dan keperluan asas yang mencukupi.


MATLAMAT GLOBALISASI

Globalisasi, liberalisasi dan deregulasi yang dipelopori negara-negara Barat dari satu aspek merupakan proses bagi meningkatkan lagi aliran perundangan dan pemasaran antarabangsa khususnya bagi maksud meningkatkan akuan semasa dan akaun modal bagi imbangan pembayaran negara yang seterusnya berlakunya pasaran bebas dan kemasukan modal asing tanpa batas.


EKONOMI ISLAM SEBAGAI PENYELAMAT

Campurtangan kerajaan dalam ekonomi memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi pasaran bebas. Dalam konteks ekonomi Islam, kerajaan bertanggungjawab memelihara kesejahteraan ekonomi dalam bentuk guna tenaga penuh, pertumbuhan ekonomi, kestabilan nilai mata wang dan keharmonian antarabangsa atau globalisasi dan bertanggungjawab bagi mengekalkan suasana sihat dalam pasaran bagi memastikan fungsi pasaran berjalan dengan betul.

Pemerintah juga memainkan peranan yang penting iaitu bertanggungjawab bagi agihan pendapatan, pengawasan pasaran, memerangi riba, rasuah dan monopoli, mobilisasi sumber asli dan kesaksamaan peluang-peluang yang ada. Selain itu, paras simpanan atau tabungan dalam negara adalah di antara faktor yang dapat membendung inflasi dan keberkesanan pengurusan menjadi aspek utama dalam dalam pengurusan ekonomi makro, bagi mencapai kestabilan harga dan membendung inflasi dalam negara.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails