BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 6, 2009

TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN


1) Membela rakyat

Tanggungjawab pemimpin ialah membela rakyat yang di bawah pimpinannya atas jalan yang hak dan benar. Ini kerana jika rakyatnya melakukan kesalahan, pemimpin tidak wajib membelanya bahkan hendaklah menyerahkan kepada pihak pengadilan untuk menjatuhkan hukuman dengan adil berdasarkan undang-undang. Selain itu, tanggungjawab pemimpin untuk membela rakyat ialah dengan merancang serta berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Misalnya mengadakan projek-projek pembangunan pertanian, perdagangan, perindustrian dan sebagainya.

2) Melindungi Rakyat dan Negara

Para pemimpin negara khasnya bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat jelata, dengan mengadakan pasukan-pasukan keselamatan dan pertahanan yang baik.

3) Memberi pendidikan kepada Rakyat

Seterusnya satu lagi kewajipan dan tanggungjawab pemimpin negara maupun pemimpin keluarga ialah memberi pendidikan kepada rakyat, baik ilmu pengetahuan tentang agama mahupun ilmu pengetahuan tentang keduniaan. Ini adalah untuk melindungi rakyat dari kebodohan dan tidak berilmu. Ilmu agama Islam juga wajib diberikan kepada rakyat yang beragama Islam hingga setinggi-tingginya. Ini sangat penting, supaya negara kita akan terus mengekalkan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasminya. Dan yang lebih penting ialah agar ajaran Islam terpelihara hingga kepada generasi umat Islam yang akan datang.

4) Bersopan santun

Sebagaimana yang telah menjadi slogan kepada kita “Kepimpinan melalui tauladan”, para pemimpin di peringkat mana juga hendaklah bersopan santun dan berlemah lembut. Sikap sebegini bukan sahaja akan disegani bahkan menjadi tauladan. Sehubungan dengan sifat bersopan santun ini, para pemimpin hendaklah juga bersifat lemah-lembut ketika menguruskan berbagai –bagai perkara kehidupan rakyat jelata. Misalnya untuk menegakkan kebenaran, menegakkan keadilan dan sebagainya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails