BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 29, 2009

“BUDAYA COUPLE”



Selalu sangat kita mendengar penuntut-penuntut IPT ditangkap khalwat, berzina, hamil luar nikah dan sebagainya. Adakah mereka tidak pernah berfikir sebelum melakukan sesuatu, sedangkan mereka dianugerahkan akal yang lebih baik daripada orang yang tidak berjaya dalam pelajaran?Oleh itu, isu yang menjadi topik utama ialah budaya ‘couple’ dikalangan pelajar ipt yang mana ia merupakan punca kepada kemaksiatan jika ia ia tidak dikawal dengan iman yang sempurna.

Budaya berkepit atau lebih dikenali sebagai couple bukanlah perkara baru dikalangan remaja hari ini. Malah budaya ini seolah-olah menjadi satu kemestian bagi kebanyakan remaja. Terutamnya remaja di peringkat Sekolah Menengah dan Pusat Pengajian Tinggi. Bagi pelajar di peringkat IPT, ia merupakan satu perkara biasa apabila selalu berdua-duaan ketika mengulangkaji pelajaran, menaiki motosikal, ketika makan dan sebagainya. Ini kerana, di IPT mereka bebas untuk melakukan sesuatu perkara tanpa ada halangan daripada sesiapa. Malahan pula, ibu bapa mereka jauh dari mereka dan tidak dapat memerhatikan setiap gerak geri yang dilakukan oleh anak mereka di IPT. Oleh itu, tanpa ada sesiapa yang menyekat dan memerhatikan gerak geri dan perlakuan mereka seharian, ia menjadikan mereka seolah-olah lupa diri akan tujuan utama mereka menjejakkan kaki ke IPT.

Bahaya budaya couple dikalangan pelajar IPT ialah apabila seseorang yang selalu keluar berdua-duaan dan terlalu mempercayai kata-kata manis daripada teman lelaki sehingga sanggup menyerahkan diri kepada mereka. Kesannya, apabila sudah terlanjur dan mengandung, maka teman lelaki mulalah tidak mahu bertanggungjawab atas tindakan yang dilakukan oleh mereka dan mula meninggalkan teman wanita mereka. Oleh itu, kaum wanitalah yang akan menanggung semua penderitaan apabila mereka bukan sahaja terpaksa menanggung malu malah turut dibuang daripada Universiti.

p/s: Artikel ini tidak ada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa, ia hanya sekadar peringatan untuk diri saya dan semua supaya berhati-hati dengan cinta.

1 comments:

Membangun bersama Islam said...

salam fatimah, saya tertarik dengan isu yang diketengahkan oleh anda iaitu berkaitan dengan budaya couple di kalangan remaja terutamanya penuntut di IPT..saya akui setiap manusia itu dikurniakan oleh Allah S.W.T suatu perasaan yang unik iaitu perasaan cinta yang mana cinta itu kepada kaum yang berlainan jantina. wujud dalam perasaan manusia itu rasa ingin dicintai, dikasihi, disayangi dan sebagainya. namun dalam Islam telah menetapkan batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan bagi mngelakkan daripada berlakunya maksiat. oleh itu, saya ingin memberi nasihat kepada diri saya sendiri,rakan-rakan dan remaja pada hari ini agar lebih berhati-hati dalam berkawan dan menjaga batas pergaulan yang telah disyariatkan oleh Allah taala..sekiranya kita cinta kepada nanusia, tidak semestinya manusia itu mencintai kita, tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, nescaya cinta Allah itu tiada penghujung...bagi sesiapa yang pernah melakukan kesilapan kembalilah ke jalan Allah, sesungguhnya Allah bersifat mahu pengampun dan maha pengasih..

Related Posts with Thumbnails