BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 7, 2009

KELEBIHAN BERSIWAK

*Bersiwak atau lebih dikenali dengan bersugi kini jarang-jarang sekali dilakukan oleh kita sebagai seorang Islam. Ia merupakan amalan Rasulullah SAW yang sering dilakukannya sebelum menyempurnakan setiap pengambilan wuduk bagi menunaikan solat. Pernahkah kita terfikir apakah kelebihan bersiwak? Kenapa Rasullullah SAW begitu mementingkan amalan siwak, serta menggalakkan umatnya sentiasa mengamalkannya. Sebagaimana yang kita tahu siwak adalah berasal daripada ranting pohon arak dan dibuat daripada dahannya. Pohon arak merupakan jenis siwak yang sangat baik dan bagus. Ini kerana, siwak mengandungi zat-zat yang dapat membunuh setiap kuman dan bakteria di dalam mulut. Di dalamnya juga terdapat satu jenis zat yang dapat membasmi bakteria yang serupa dengan Vanisilin. Ia juga mengandungi zat Cangrin yang mempunyai kesan tinggi bagi pembersihan yang sangat berkesan dan juga membasmi segala bakteria. Selain itu, terdapat juga zat Cilis yang dapat membuang setiap saki baki makanan dan dapat menghilangkan zat kapur kuning yang terdapat pada gigi. Siwak juga dapat menyerlahkan gigi dan memutihkannya dengan lebih berkesan. Ia juga mengandungi zat penahan aliran darah yang berterusan dan dapat menyembuhkan luka-luka yang terdapat pada gusi sekaligus membersihkan mulut.


*Siwak juga turut mengandungi kadar zat Clurida yang sangat tinggi yang dapat membantu membuang zat garam mulut dan warna kuning yang terdapat pada gigi dan juga dapat menghilangkannya. Sebagaimana yang telah diketahui bahawa zat kuning pada gigi merupakan punca utama timbulnya zat kapur yang dapat menghancurkan gigi. Siwak juga mengandungi zat pengharum yang sangat banyak yang dapat membentuk pelbagai lapisan atau sebagai pelindung utama di atas gigi untuk menjaganya daripada pecah dan retak. Jika berlaku keretakan pada gigi dan wujud lubang pada gigi tersebut, ia akan menyebabkan kerosakan pada gigi. Di dalamnya juga terdapat zat-zat pengharum yang dapat mengharumkan bau mulut dan menjadikannya berbau wangi.


*Menurut Profesor Roudach , pengarah ilmu berkenaan bakteria di Universiti Routoch, Jerman telah menemukan rahsia ilmiah tentang siwak dan beliau berkata: Siwak yang pernah digunakan oleh bangsa Arab sejak beratus-ratus tahun sebagai berus gigi merupakan salah satu alat pembersih gigi yang sangat baik dan tinggi kualitinya kerana ia mengandungi pelbagai zat yang berkesan yang dapat membasmi mikrobat yang melebihi Vanisilin.

*Oleh itu, faedah bersiwak ini ialah dapat membersihkan mulut, membawa kepada keredhaan Allah S.W.T, memutihkan gigi, mengharumkan bau mulut, dan menguatkan gusi. Selain itu, ia juga dapat menambah kecerdasan, mempertajamkan penglihatan, memperlambatkan uban pada rambut, melipatgandakan pahala dan memudahkan pencabutan roh ketika sakaratul maut. Sebagai bukti menunjukkan bahawa siwak ini adalah suatu yang mulia kerana ia telah digunakan oleh Rasulullah S.A.W, keluarga baginda, sahabat-sahabatnya dan para pengikutnya yang mulia.


p/s: banyak sungguh khasiat siwak ni. Oleh itu, sahabat-sahabat marilah kita sama-sama menggunakan siwak ye (^,^)




1 comments:

zaida said...

Memanglah amalan bersugi ni penting bg kt terutama sblum tunaikan solat...Bersugi dianjurkan Nabi kpd ummatnya tidak lain tidak bukan adalah untuk menjamin kesejahteraan ummah umumnya...

ini dpt kt renungi b'sama sebagaimana sbda Nabi SAW,sesiapa yg mengamalkan 5 perkr nescaya x mdh lupa dan kuat ingtannya:
1-solat mlm wlaupn 2 rkaat
2-mngekalkan wudhuk
3-takawd pd Allah sms berseorgn/khlayak rmai
4-makan utk kuatkan badan bukan kerna hawa nafsu
5-bersugi sebelm solat.

Related Posts with Thumbnails