Jenayah rasuah merupakan suatu gejala buruk dan amalan keji yang meluas dalam masyarakat sekarang. Gejala ini mestilah dibanteras dan setiap individu yang terlibat mestilah bertaubat kerana rasuah adalah termasuk dalam perbuatan dosa besar dan diharamkan dalam Islam. Rasuah diertikan sebagai segala sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain yang mempunyai kekuasaan untuk memperolehi atau untuk membatalkan sesuatu dengan cara yang tidak sebenar. Firman Allah S.W.T:
Dan sesiapa yang berkhianat( menggelapkan sesuatu ), ia akan bawa bersama pada hari akhirat kelak apa yang dikhianati itu. ( surah al-Imran 3: 161 ).
HUKUMAN RASUAH
Sebenarnya hukum terhadap jenayah rasuah juga tidak ada ketetapannya di dalam al-Quran dan Hadith, oleh itu hukumannya tertakluk kepada hakim sesebuah negara dengan mengenakan hukuman ta’zir.
KESAN RASUAH
Amalan rasuah boleh menyebabkan lahirnya berbagai kesan negetif. Antaranya ialah:
1) Melemahkan negara
2) Berlaku kezaliman dan penindasan
3) Berdosa besar
4) Masuk neraka jika tidak mendapat keampunan Allah S.W.T
5) Menyebabkan malas berusaha dan bekerja
6) Timbul sifat tidak bertanggungjawab dan tidak amanah
7) Tidak maju dan tidak produktif


