BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Sunday, September 13, 2009

KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN



Bulan Ramadhan mempunyai keutamaan dan keistimewaan daripada bulan-bulan yang lain di sisi Allah S.W.T. Ini kerana, bulan ramadhan dipilih sebagai bulan ibadah. Sabda Rasulullah S.A.W “ Tiap-tiap seseuatu itu ada musimnya. Sesungguhnya musim ibadah itu adalah di bulan Ramadhan” Namun demikian, tidak bermakna di bulan-bulan lain, umat Islam tidak dianjurkan untuk beribadah. Allah S.W.T tetap memerintahkan supaya beribadah. Tetapi, beribadah di bulan Ramadhan lebih digalakkan dan elok diperbanyakkan lagi. Mengapa pada bulan Ramadhan lebih-lebih digalakkan seseorang itu beribadah dan berbakti? Ini kerana di bulan Ramadhan terdapat ibadah-ibadah yang khusus yang tidak terdapat di bulan-bulan yang lain. Di dalam al-Quran hanya bulan Ramadhan sahaja yang disebut-sebut tetapi tidak kepada sebelas bulan yang lain.

Antara keistimewaan yang menjadikan bulan Ramadhan mulia adalah:


1) Di sepanjang bulan Ramadhan, Allah S.W.T mewajibkan umat Islam berpuasa di siang hari. Sedangkan perintah wajib puasa ini tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain


2) Pada sebelah malamnya, dianjurkan sembahyang sunat terawih. Umum umat Islam di Malaysia mendirikannya sebanyak 20 rakaat . Tetapi ada juga yang mengerjakannya 8 rakaat sahaja.


3) Bertadarus al-Quran secara beramai-ramai. Ini bukanlah bermakna al-Quran hanya dibaca di bulan Ramadhan sahaja dan melupakannya pada bulan-bulan yang lain. Maksud bertadarus adalah membaca al-Quran secara beramai-ramai, seorang demi seorang sambil disemak oleh orang lain. Yang lebih baik disertakan maksud bagi setiap bacaan tersebut.


4) Kebajikan yang dilakukan di bulan Ramadhan mendapat pahala yang berlipat ganda. Lebih dari kebajikan-kebajikan yang dibuat di luar bulan Ramadhan

5) Bulan Ramadhan bulan terjadinya malam LailaturQadar. Ia berlaku di hari-hari ganjil pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan seperti malam 21, 23, 25, 27 atau 29. Sesetengah ulama berijtihad mengatakan LailaturQadar itu berlaku pada satu malam di bulan Ramadhan tetapi tidak diketahui pada malam yang mana. Ini bererti setiap amalan yang dilakukan bertepatan pada malam itu adalah lebih baik dari 1000 bulan yang bersamaan dengan 83 tahun. Inilah di antara hikmah mengapa Allah S.W.T tidak memberitahu malam sebenar berlakunya LailaturQadar itu. Kalau diberitahu pada malam-malam yang tertentu, nescaya semua orang akan beramal hanya untuk malam itu sahaja. Selepas itu, mereka akan lalai semula.

6) Digalakkan berikhtiqaf terutama 10 hari terakhir Ramadhan. Ini adalah antara malam Rasulullah S.A.W yang tidak pernah ditinggalkan.


7) Pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Di waktu itu juga iblis dan syaitan dibelenggu dan dirantai
Oleh itu, bulan Ramadhan adalah bulan yang membuka peluang seseorang itu untuk menambah amalan kebaikan. Tetapi mengapa ramai yang masih cenderung berbuat kejahatn di bulan Ramadhan sedangkan syaitan sudah belenggu? Ini kerana nafsu di dalam diri masih belum dilemahkan sepenuhnya. Sebab itu ramai yang berpuasa tetapi masih bergaul bebas, tidak menutup aurat, mengumpat, memfitnah dan lain-lain sifat terkeji lagi.

Monday, September 7, 2009

JENAYAH RASUAH



Jenayah rasuah merupakan suatu gejala buruk dan amalan keji yang meluas dalam masyarakat sekarang. Gejala ini mestilah dibanteras dan setiap individu yang terlibat mestilah bertaubat kerana rasuah adalah termasuk dalam perbuatan dosa besar dan diharamkan dalam Islam. Rasuah diertikan sebagai segala sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain yang mempunyai kekuasaan untuk memperolehi atau untuk membatalkan sesuatu dengan cara yang tidak sebenar. Firman Allah S.W.T:

Dan sesiapa yang berkhianat( menggelapkan sesuatu ), ia akan bawa bersama pada hari akhirat kelak apa yang dikhianati itu. ( surah al-Imran 3: 161 ).


HUKUMAN RASUAH

Sebenarnya hukum terhadap jenayah rasuah juga tidak ada ketetapannya di dalam al-Quran dan Hadith, oleh itu hukumannya tertakluk kepada hakim sesebuah negara dengan mengenakan hukuman ta’zir.


KESAN RASUAH

Amalan rasuah boleh menyebabkan lahirnya berbagai kesan negetif. Antaranya ialah:

1) Melemahkan negara

2) Berlaku kezaliman dan penindasan

3) Berdosa besar

4) Masuk neraka jika tidak mendapat keampunan Allah S.W.T

5) Menyebabkan malas berusaha dan bekerja

6) Timbul sifat tidak bertanggungjawab dan tidak amanah

7) Tidak maju dan tidak produktif

Sunday, September 6, 2009

PERANAN EKONOMI ISLAM DALAM ERA GLOBALISASI


GLOBALISASI

Globalisasi merupakans satu fenomena yang melanda seluruh dunia dengan hebat sekali, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah membuka jalan kepada dunia tanpa sempadan. Masa, jarak dan ruang kini tidak mempunyai erti lagi.


EKONOMI ISLAM

Ekonomi Islam ditakrifkan sebagai kajian al-falah manusia menerusi pengurusan sumber bumi yang berasaskan kerjasama dan penyertaan. Oleh itu, ekonomi Islam adalah sebagai sains sosial yang mengkaji masalah ekonomi dengan berpegang kepada nilai-nilai Islam. Ia juga merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat, dari segi memperolehi, mengguna atau mengurus sumber asli bagi kebaikan diri dan kebaikan bersama secara rohani dan jasmani bagi mendapat keredhaan Allah S.W.T.


SISTEM DAN MATLAMAT EKONOMI ISLAM

1) Mencapai kesejahteraan ekonomi bagi individu, masyarakat dan negara, kesaksamaan agihan harta, kekayaan, pendapatan dan pembangunan, pengggunaan sumber yang optimum, cekap, berkesan, berjimat dan tidak membazir, menjamin kebebasan individu, kesaksamaan hak dan peluang, kerjasama dan keadilan dan keperluan asas yang mencukupi.


MATLAMAT GLOBALISASI

Globalisasi, liberalisasi dan deregulasi yang dipelopori negara-negara Barat dari satu aspek merupakan proses bagi meningkatkan lagi aliran perundangan dan pemasaran antarabangsa khususnya bagi maksud meningkatkan akuan semasa dan akaun modal bagi imbangan pembayaran negara yang seterusnya berlakunya pasaran bebas dan kemasukan modal asing tanpa batas.


EKONOMI ISLAM SEBAGAI PENYELAMAT

Campurtangan kerajaan dalam ekonomi memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi pasaran bebas. Dalam konteks ekonomi Islam, kerajaan bertanggungjawab memelihara kesejahteraan ekonomi dalam bentuk guna tenaga penuh, pertumbuhan ekonomi, kestabilan nilai mata wang dan keharmonian antarabangsa atau globalisasi dan bertanggungjawab bagi mengekalkan suasana sihat dalam pasaran bagi memastikan fungsi pasaran berjalan dengan betul.

Pemerintah juga memainkan peranan yang penting iaitu bertanggungjawab bagi agihan pendapatan, pengawasan pasaran, memerangi riba, rasuah dan monopoli, mobilisasi sumber asli dan kesaksamaan peluang-peluang yang ada. Selain itu, paras simpanan atau tabungan dalam negara adalah di antara faktor yang dapat membendung inflasi dan keberkesanan pengurusan menjadi aspek utama dalam dalam pengurusan ekonomi makro, bagi mencapai kestabilan harga dan membendung inflasi dalam negara.

TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN


1) Membela rakyat

Tanggungjawab pemimpin ialah membela rakyat yang di bawah pimpinannya atas jalan yang hak dan benar. Ini kerana jika rakyatnya melakukan kesalahan, pemimpin tidak wajib membelanya bahkan hendaklah menyerahkan kepada pihak pengadilan untuk menjatuhkan hukuman dengan adil berdasarkan undang-undang. Selain itu, tanggungjawab pemimpin untuk membela rakyat ialah dengan merancang serta berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Misalnya mengadakan projek-projek pembangunan pertanian, perdagangan, perindustrian dan sebagainya.

2) Melindungi Rakyat dan Negara

Para pemimpin negara khasnya bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat jelata, dengan mengadakan pasukan-pasukan keselamatan dan pertahanan yang baik.

3) Memberi pendidikan kepada Rakyat

Seterusnya satu lagi kewajipan dan tanggungjawab pemimpin negara maupun pemimpin keluarga ialah memberi pendidikan kepada rakyat, baik ilmu pengetahuan tentang agama mahupun ilmu pengetahuan tentang keduniaan. Ini adalah untuk melindungi rakyat dari kebodohan dan tidak berilmu. Ilmu agama Islam juga wajib diberikan kepada rakyat yang beragama Islam hingga setinggi-tingginya. Ini sangat penting, supaya negara kita akan terus mengekalkan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasminya. Dan yang lebih penting ialah agar ajaran Islam terpelihara hingga kepada generasi umat Islam yang akan datang.

4) Bersopan santun

Sebagaimana yang telah menjadi slogan kepada kita “Kepimpinan melalui tauladan”, para pemimpin di peringkat mana juga hendaklah bersopan santun dan berlemah lembut. Sikap sebegini bukan sahaja akan disegani bahkan menjadi tauladan. Sehubungan dengan sifat bersopan santun ini, para pemimpin hendaklah juga bersifat lemah-lembut ketika menguruskan berbagai –bagai perkara kehidupan rakyat jelata. Misalnya untuk menegakkan kebenaran, menegakkan keadilan dan sebagainya.

10 TEKNIK MEREKA MEMURTADKAN AGAMA ISLAM


Pertemuan pertama - Perkenalan dan meminta alamat

Pertemuan kedua - Memberi sesuatu hadiah

Pertemuan ketiga - Mengambil berat

Pertemuan keempat - Memberi bantuan kewanga

Pertemuan kelima - Mengajak keluar

Pertemuan keenam - Ke pesta hiburan

Pertemuan ketujuh - Diberi keluarga angkat

Pertemuan kelapan - Diberi minum holy water

Pertemuan kesembilan- Dimurtadkan

Setelah seseorang itu murtad, mereka akan memberi wang RM 3000 dan dihalang daripada bertemu keluarga serta dirahsiakan dimana berada, dbimbing dan dilatih menjadi mubaligh Kristian

Apa yang berlaku setelah murtad

- Diajak ke gerja dan memohon borang kemasukan agama Kristian

- Memohon penukaran nama baru di Jabatan Pendaftaran Negara

- Memohon keluar daripada agama Islam

- Mempertahankan dengan menggunakan akta undang-undang Perlembagaan Persekutuan yang ada menyatakan kebebasan memilih agama kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

- Cuba mempengaruhi mahkamah dan mengambil peguam yang bijak, mengancam ibu bapa terbabit serta membawa mangsa ke luar negara

- Apabila ke luar negara mereka diasuh dan dididik agar menjadi mubaligh Kristian dengan tujuan apabila kembali ke Malaysia boleh memurtadkan orang lain.

- Semua perbelanjaan ketika itu dibiayai oleh gereja seperti rumah, kenderaan dan wang sara hidup

Saturday, September 5, 2009

PENDIDIKAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK



Pendidikan mempunyai maksud yang luas iaitu tunjuk ajar dan latihan yang tersusun dan berterusan untuk membentuk akhlak, kemampuan akal, pembantukan disiplin dan lain-lain. Kedua ibu bapa merupakan institusi pertama dan paling asas dalam pendidikan anak-anak.
Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T kepada kedua ibu bapa. Ia diibaratkan sebagai kain putih yang mudah menerima apa yang dicorakkan kepadanya sama ada ke arah kebaikan ataupun sebaliknya.

MATLAMAT PENDIDIKAN
Matlamat pendidikan Islam secara keseluruhannya adalah untuk:
1) Mencapai keredhaan Allah S.W.T
2) Menghayati roh Islam denganberpandukan al-Quran dan Sunnah
3) Meninggikan akhlak masyarakat berteraskan aqidah Islam
4) Mencungkil dan menyemai bakat-bakat semulajadi kanak-kanak dengan ajaran Islam.
BILA PENDIDIKAN BERMULA
Pendidikan anak-anak bermula pada peringkat yang paling awal dalam kehidupannya semenjak ia mula lahir daripada perut ibunya sehinggalah ia menjalani ikatan perkahwinan. Ini kerna, selepas berkahwin tanggungjawab akan berpindah kepada suami, sedangkan kedua ibu bapa hanya berperanan untuk memberi pandangan dan nasihat kepada anak-anak sekiranya timbul sesuatu masalah dalam rumah tangga

Oleh yang demikian, ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi membentuk akhlak anak-anak mereka semenjak dari buaian lagi dan bukannya setelah mereka dewasa. Bak kata pepatah Melayu “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Sebagai ibu bapa kita perlu mempelajari dan mendalami hal ehwal agama Islam supaya selain mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T, kita juga dapat menunjukkan teladan yang baik supaya boleh diikuti oleh anak-anak. Antara pendidikan yang utama perlu diterapkan ke dalam diri anak-anak ialah pendidikan Islam. Pendidikan Islam meliputi pendidikan dari segi akidah, akhlah dan ibadah. Apabila ketiga-tiga ini telah diserapkan dalam diri anak-anak, maka ia dapat melahirkan satu generasi yang berguna kepada agama, bangsa dan juga negara.

MANUSIA DIGALAKKAN HIDUP BERKELUARGA

Manusia diciptakan oleh Allah S.W.T berpasang-pasangan yang terdiri daripada lelaki dan wanita dan diciptakan juga berbagai-bagai bangsa dan puak untuk menjalinkan hubungan silaturrahim dan berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Sebagaimana firman Allah S.W.T:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)

Oleh yang demikian manusia adalah digalakkan hidup berkeluarga, kerana dengan itu individu yang terdapat di dalamnya akan tertanam rasa tanggungjawab yang tinggi di dalam dirinya terhadap diri sendiri dan orang-orang yang ada hubungan dengan dirinya. Bagi mencapai hasrat murni tersebut ialah dengan melalui perkahwinan yang sah menurut Islam

TUJUAN PERKAHWINAN DALAM ISLAM
1) Memenuhi kehendak naluri dan sifat semulajadi manusia
2) Menghindarkan diri dari melakukan perbuatan zina
3) Membiakkan keturunan umat manusia
4) Membimbimg kedua suami isteri supaya masing-masing tahu tanggungjawab
5) Menggalakkan ketua rumahtangga supaya lebih giat berusaha mempertingkatkan taraf ekonomi
6) Mengeratkan hubungan silaturrahim di dalam masyarakat
7) Mengelak dari terbiarnya anak-anak yang dilahirkan

PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN
1) Mempunyai kemampuan
2) Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai rumahtangga
3) Melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hukum di dalam kehidupan suami isteri
4) Pemilihan calon yang sesuai

Related Posts with Thumbnails