BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Sunday, September 6, 2009

10 TEKNIK MEREKA MEMURTADKAN AGAMA ISLAM


Pertemuan pertama - Perkenalan dan meminta alamat

Pertemuan kedua - Memberi sesuatu hadiah

Pertemuan ketiga - Mengambil berat

Pertemuan keempat - Memberi bantuan kewanga

Pertemuan kelima - Mengajak keluar

Pertemuan keenam - Ke pesta hiburan

Pertemuan ketujuh - Diberi keluarga angkat

Pertemuan kelapan - Diberi minum holy water

Pertemuan kesembilan- Dimurtadkan

Setelah seseorang itu murtad, mereka akan memberi wang RM 3000 dan dihalang daripada bertemu keluarga serta dirahsiakan dimana berada, dbimbing dan dilatih menjadi mubaligh Kristian

Apa yang berlaku setelah murtad

- Diajak ke gerja dan memohon borang kemasukan agama Kristian

- Memohon penukaran nama baru di Jabatan Pendaftaran Negara

- Memohon keluar daripada agama Islam

- Mempertahankan dengan menggunakan akta undang-undang Perlembagaan Persekutuan yang ada menyatakan kebebasan memilih agama kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

- Cuba mempengaruhi mahkamah dan mengambil peguam yang bijak, mengancam ibu bapa terbabit serta membawa mangsa ke luar negara

- Apabila ke luar negara mereka diasuh dan dididik agar menjadi mubaligh Kristian dengan tujuan apabila kembali ke Malaysia boleh memurtadkan orang lain.

- Semua perbelanjaan ketika itu dibiayai oleh gereja seperti rumah, kenderaan dan wang sara hidup

Saturday, September 5, 2009

PENDIDIKAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK



Pendidikan mempunyai maksud yang luas iaitu tunjuk ajar dan latihan yang tersusun dan berterusan untuk membentuk akhlak, kemampuan akal, pembantukan disiplin dan lain-lain. Kedua ibu bapa merupakan institusi pertama dan paling asas dalam pendidikan anak-anak.
Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T kepada kedua ibu bapa. Ia diibaratkan sebagai kain putih yang mudah menerima apa yang dicorakkan kepadanya sama ada ke arah kebaikan ataupun sebaliknya.

MATLAMAT PENDIDIKAN
Matlamat pendidikan Islam secara keseluruhannya adalah untuk:
1) Mencapai keredhaan Allah S.W.T
2) Menghayati roh Islam denganberpandukan al-Quran dan Sunnah
3) Meninggikan akhlak masyarakat berteraskan aqidah Islam
4) Mencungkil dan menyemai bakat-bakat semulajadi kanak-kanak dengan ajaran Islam.
BILA PENDIDIKAN BERMULA
Pendidikan anak-anak bermula pada peringkat yang paling awal dalam kehidupannya semenjak ia mula lahir daripada perut ibunya sehinggalah ia menjalani ikatan perkahwinan. Ini kerna, selepas berkahwin tanggungjawab akan berpindah kepada suami, sedangkan kedua ibu bapa hanya berperanan untuk memberi pandangan dan nasihat kepada anak-anak sekiranya timbul sesuatu masalah dalam rumah tangga

Oleh yang demikian, ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi membentuk akhlak anak-anak mereka semenjak dari buaian lagi dan bukannya setelah mereka dewasa. Bak kata pepatah Melayu “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Sebagai ibu bapa kita perlu mempelajari dan mendalami hal ehwal agama Islam supaya selain mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T, kita juga dapat menunjukkan teladan yang baik supaya boleh diikuti oleh anak-anak. Antara pendidikan yang utama perlu diterapkan ke dalam diri anak-anak ialah pendidikan Islam. Pendidikan Islam meliputi pendidikan dari segi akidah, akhlah dan ibadah. Apabila ketiga-tiga ini telah diserapkan dalam diri anak-anak, maka ia dapat melahirkan satu generasi yang berguna kepada agama, bangsa dan juga negara.

MANUSIA DIGALAKKAN HIDUP BERKELUARGA

Manusia diciptakan oleh Allah S.W.T berpasang-pasangan yang terdiri daripada lelaki dan wanita dan diciptakan juga berbagai-bagai bangsa dan puak untuk menjalinkan hubungan silaturrahim dan berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Sebagaimana firman Allah S.W.T:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)

Oleh yang demikian manusia adalah digalakkan hidup berkeluarga, kerana dengan itu individu yang terdapat di dalamnya akan tertanam rasa tanggungjawab yang tinggi di dalam dirinya terhadap diri sendiri dan orang-orang yang ada hubungan dengan dirinya. Bagi mencapai hasrat murni tersebut ialah dengan melalui perkahwinan yang sah menurut Islam

TUJUAN PERKAHWINAN DALAM ISLAM
1) Memenuhi kehendak naluri dan sifat semulajadi manusia
2) Menghindarkan diri dari melakukan perbuatan zina
3) Membiakkan keturunan umat manusia
4) Membimbimg kedua suami isteri supaya masing-masing tahu tanggungjawab
5) Menggalakkan ketua rumahtangga supaya lebih giat berusaha mempertingkatkan taraf ekonomi
6) Mengeratkan hubungan silaturrahim di dalam masyarakat
7) Mengelak dari terbiarnya anak-anak yang dilahirkan

PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN
1) Mempunyai kemampuan
2) Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai rumahtangga
3) Melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hukum di dalam kehidupan suami isteri
4) Pemilihan calon yang sesuai

Wednesday, August 26, 2009

HOW TO IMPROVE ENGLISH LANGUAGE

Masa kini, hebat diperkatakan mengenai Pengajaran dan Pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang mula dilaksanakan tahun 2003 di tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan enam rendah.

Di sini ada beberapa tip bagaimana untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris...

1. Spend some time to read the dictionary at least few minutes.
2. Try to remember five to ten words (it’s depends) every day.
3. Try to read at least one English article (any sources can be) per day and do translation about the article.
4. When you read anything in English, if you didn’t understand the word, don’t waste time, note it down in your personal note book (Vocabulary book) and look for the meaning in the dictionary immediately.
5. Try to write sentences in English. Start with one sentence, two, three sentences and so on. And then from that stage, try to write a paragraph, two, three paragraph and so on.
6. Watch comedy series such as “Geena Davis Show”, “Gilmore Girls”, “C.S.I” and etc. and English movies. Don’t you be shamed to watch kids stories such as “Connie the Cow”, “Bob the Builder”, “Jellebies” and etc. Here you can hear, think, and know how to use, pronoun etc english word in proper and correct way. 
7. Try to talk with your friends, or anybody in English. It doesn’t matter if your sentences are wrongly in structure, ‘Rojak’ with Bahasa (or other language), pronunciation or else. You can start with simple words and short sentences.
8. Take the chances to talk in English as much as you can when you are in the “English Situation”. Example : In your English class or English day in your school.
9. Discipline. From now on, start to read English materials, talk in English, watch and see anything in English.

Good luck to you, hopefully your English will improve.

GURU YANG BIJAKSANA


Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka katalah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
.
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka sebutlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
.
Si guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.
.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..."
.
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
.
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
.
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.
.
Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. ..Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.
.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."
.
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "
.
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak kita cikgu?" tanya murid- murid.
.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".
.
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik ketika anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya...

* Oleh itu, kita sebagai pendidik haruslah berusaha sedaya upaya kita untuk mendidik anak bangsa kita supaya menjadi insan yang berguna pada masa hadapan, bukan sahaja kepada negara, tetapi kepada bangsa dan juga agama..



Related Posts with Thumbnails